Article archive
Selamat Datang Tuan Pengetua
02/09/2010 08:41
Assalamualaikum,, Kami warga SMK Pokok Sena 2 mengalu-alukan kedatangan Tn. Pengetua pertama iaitu Tn. Hj. Ramlee bin Mohamed Shariff. Semoga dengan kedatangannya akan melancarkan lagi pengurusan sekolah yang telah beroperasi tanpa seorang Pengetua. Selamat Datang Ayahanda Tn. Hj. Ramlee. Satu...
Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
26/08/2010 14:48
Sambutan Kemerdekaan ke 53 peringkat sekolahakan diadakan pada hari Selasa 30 Ogos 2010. Pengisian program ini akan dimulakan dengan perhimpunan serta menyanyikan lagu patriotik, baca perutusan, nyanyian koir dan tayangan video. Semoga semua warga SMKPS2 akan melibatkan diri dalam program ini.
Perlantikan Pengawas SMKPS2
26/08/2010 14:43
Satu Majlis Perlantikan Pengawas SMKPS2 telah diadakan pada hari Rabu 25 Ogos 2010. Seramai 20 orang pengawas telah dilantik pada fasa pertama ini. Majlis Perlantikan ini telah disempurnakan oleh PK Pentadbiran, Tn. Hj. Mazlan Mat Isa. Semoga dengan perlantikan ini, para pengawas dapat membantu...
Pertandingan Mencipta Logo dan Lagu Sekolah
19/08/2010 08:27
Pertandingan ini terbuka kepada warga SMKPS2 dan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori pelajar dan kategori guru. Hadiah disediakan kepada penyertaan yang dipilih oleh panel pemilihanan. Keputusan adalah mutamad dan semua karya yang telah dipilih menjadi hak cipta smkps2.
Laman Web Dilancarkan
12/07/2010 10:02
Laman Web rasmi SMKPS 2 telah dilancarkan dengan rasminya pada 26 September 2010, Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh En. Osman bin Noor Timbalan PPD Kota Setar. Pada tarikh yang sama, satu program yang dinamakan Program Budi Cemerlang turut dilancarkan. Tujuan program ini diperkenalkan...
Items: 21 - 25 of 25